Permintaan..

20 10 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Assalamualaikum W.B.T saya ucapkan kepada pembaca sekalian..

Tulisan saya kali ini hanyalah untuk mengenalkan akan satu munajat yang saya rasa tertarik sangat. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari munajat ini InsyaAllah..

Sentiasalah kita meminta kepada Allah S.W.T kerana sesungguhnya, Allah S.W.T semakin sayang akan hamba-hambanya yang tak putus doa..

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau
(Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini
hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia
…berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan
beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk” (Quran 2:186)

(sila klik di sini untuk ke video munajat tersebut)





Ujian..

17 10 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera..

Izinkan saya mulakan tulisan saya kali ini dengan secebis ayat dari Al Quran iaitu dari Surah Al Mu’ minoon.

“Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar) dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami)”. (Quran 23:30)

Hidup seharian seorang manusia biasa baik yang Islam atau tak, tidak akan lari dari ujian dari Maha Pencipta Yang Satu. Hatta, duri yang tercucuk pada anggota  pun satu ujian yang pada seorang yang Islam, ialah penghapus dosa.

Seperti sabda Rasulullah;

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita bersedih mengenangkan akan kesedihan kita? Allah S.W.T itu Maha Pemurah, lagi Maha Mendengar, yang sebaik-baik perancang, yang lebih memahami ciptaanNya sendiri, lebih baik dari kita kenal diri kita sendiri.

Hikmah daripada ujian InsyaAllah akan dapat kita ketahui, cuma bukan masanya sahaja untuk kita menyedari. Ujian dalam hidup datang dengan pelbagai cara, tambah pula bagi penegak agama kebenaran, Islam. Bila masanya ada antara yang cuba membetulkan atau membawa perkara yang betul, sedikit sebanyak, tentangan akan datang. Baik dari yang jauh ataupun yang rapat. Tentulah ada seketika kita memikirkan, kita bersendirian, tiada berteman. Seteruk manakah ujian kita berbanding para Rasul? Tiada lagi penulis merasa dibaling batu kerana mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Hanya sedikit kata-kata tak menyedapkan sahaja yang sampai di telinga.

Tiada apa yang senang dalam menyampaikan. Menyampaikan sedikit perkara berkenaan agama pun boleh kena boikot, apatah lagi berdakwah dengan secara intensif. Tapi ujian itulah yang menaikkan martabat kita di sana kelak, insyaAllah..

Berpalinglah, dan panjatkan pengharapan kepada Allah S.W.T. Sabda Allah S.W.T.;

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” ( Surah ar-Ra’d: Ayat 28)

Sebelum saya menutup penulisan saya untuk kali ini, mari kita sama-sama hayati satu syair yang saya dapat dari iluvIslam.com.

 

Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima

Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya

Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat

yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian

Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?

Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian.

Akhir kata, perbetulkan niat, perbetulkan diri kita, perbetulkan saya juga jika ada kesilapan saya. Kerana Allah S.W.T.

 

Wassalam..





Kecewa

29 09 2010

Bismillah hir rahma nir rahhim..

“Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang dizalimi”.

Ini adalah doa dlm bahasa Arab yang telah diterjemah dalam bahasa Melayu or Malaysia (anyone which u preferred). Kebelakangan ni, saya telah banyak sangat mengungkapkan doa ini, kerana saya rasa telah dizalimi oleh orang lain. Sudah 3 minggu, kata-kata ini bermain di bibir saya, walaupun Allah S.W.T masih membiarkan saya dalam keadaan sebegini, saya yakin, Allah S.W.T tidak akan membiarkan hamba-hambanya sentiasa dalam keadaan bersedih, kerana Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sabda Allah S.W.T dalam Surah Ali ‘Imran ayat 154,

‘Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah.

Alhamdulillah, saya mampu tenang dalam solat, dan ketika mengingati Allah.. Saya membanyakkan mengingati Allah S.W.T ketika perkara yang menyedihkan itu mula memenuhi hati saya. Allah lebih mengetahui keadaan saya dan saya percaya akan apa yang Dia rancangkan. Saya cuma tiada kekuatan saja untuk menempuh semua ini, hampir tiada kekuatan.. terlalu banyak saya mengeluh, ia membuatkan saya takut, takut Allah murka dgn keadaan saya yang selalu mengeluh. Tapi dari keadaan inilah yang membuatkan saya, lebih sedar, akan kebergantungan saya pada Allah S.W.T. Sekalipun dengan apa yang saya ada, kawan-kawan, perkara-perkara duniawi, semua itu masih tidak dapat menghilangkan kesedihan saya.

Ini juga mengingatkan saya kepada kisah Rasulullah S.A.W, ketika dia berhijrah bersama Abu Bakar. Abu Bakar sangat takut kerana kaum Musyrik Mekah hampir menjumpai mereka ketika mereka menyorok di dalam sebuah gua, manakala Rasulullah tenang sambil berkata ‘Allah akan menolong kita’. Tetapi ketika kaum Muslimin berperang(maaf saya tak ingat perang apa), Abu Bakar mengatakan  Rasulullah menangis teresak-esak, memohon, dan meminta pertolongan Allah meminta kemenangan utk Jihad mereka.

MasyaAllah, sungguh hebat kebergantungan Rasulullah kepada Allah. Kisah-kisah Rasulullah, banyak mengajar saya erti kesabaran,  akhlak Rasulullah yang terlalu mulia, memberi saya terlalu banyak pengajaran. Allah tidak pernah meninggalkan kita, tapi sebaliknya.

Moga kita bertemu kembali dalam tulisan saya di lain kali. Wassalam.





Percaya ke tak??

14 07 2010

Salam semua!! Post blog kali ni juga, bukan dari hasil tulisan saya, tapi saya copy dari kawan saya. Dikatakan ini sebagai kisah benar, terpulanglah pada pembaca jika mahu percaya atau tak.

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …”
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Ini sedikit nukilan dari saya,

Ingatilah Allah S.W.T setiap masa, kerana Allah tak pernah lupa pada kita, malahan Allah lebih dekat dengan kita dari salur2 darah dalam badan kita. Allah akan sentiasa menguji iman kita dengan pelbagai cara, baik dengan musibah atau nikmat. Persoalan yang saya ingin timbulkan, ingatnya kita kepada Allah, hanya pada masa susah, hanya bila kita mendapat rahmat, tidak ingat langsung atau alhamdulillah, kita sentiasa ingat?

Sesungguhnya, Allah tidak berlaku kejam kepada kita, tetapi sebaliknya, Allah menyediakan pilihan kepada kita yang kita sendiri tahu baik buruk akibat dari pilihan itu. Allah itu Maha Pemurah, seperti yang dikatakan oleh Anas r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Telah berfirman Allah Ta’ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula. [ diriwayatkan oleh At Tirmidhi]

insyaAllah kita masih tidak terlambat untuk bertaubat. Assalamualaikum!!

p/s: tak tahu nk letak gambar ape 🙂





Info!!

13 07 2010

Salam, alhamdulillah, hari dapat peluang nk publish post, tapi post hari ini tak ditulis oleh penulis sendiri, tapi dapat dari note seorang kawan. Jika mahu dikongsikan juga, kongsikanlah, moga kita sentiasa dalam berkat Allah S.W.T insyaAllah.

Sedikit fakta tentang sunnah Rasulullah…amalkan..
Wednesday, July 7, 2010 at 2:17am
1. kenapa kita gunakan tangan?

– Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan
kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah –
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. –
– Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
– Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
– Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

———– xxxxx ———–
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.

———- xxxxx———

sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) , Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah?.
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi (cube) ?
ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah





Mulut dan percakapan

11 07 2010

Assalamualaikum! Pembaca-pembaca yang dirahmati sekalian (if adela readers). Topik hari ni, ehem2, saja nak sentuh pasal percakapan kita seharian.. Manusia, selagi boleh bersuara, baik kuat atau perlahan, monolog atau berdialog, takkan lepas dari bercakap. Tapi apa persoalannya?

F**K YOU!!

Nampak familiar tak dgn phrase kat atas? Hmm, sgt2 kan? The problem is, ape kelebihan ‘kalimah’ keramat kat atas tuh hah? Menjamin kebersihan hati atau syurga ke sampai tak lekang dari mulut-mulut orang? Kalau tak silap, macam mencarut je kan?  Itu baru satu, belum lagi perkataan-perkataan keramat yang dah dicipta oleh mainstream media lain (filem, drama, lagu). Mencarut-mencarut pun, benda inilah yang dijadikan sebagai norma perbualan kebanyakan dari kita sekarang. Halus sungguh cakna-cakna hiburan yang menjadi sumber perkataan ini.

Hmm, itulah yang saya rasakan. Jarang sekali kita melihatkan, seseorang mendoakan orang lain jika terjadi perkara yang boleh menimbulkan kemarahan sehingga perkataan mencarut seumpama tadi disuarakan. Maka betullah sabda Nabi S.A.W (maaf tak ingat, tapi sahih) yang mengatakan “iman ummat akhir zaman hanya senipis bawang”. Itu termasuklah saya sekali wahai pembaca yang budiman. Ingatlah apa yang pernah diriwayatkan wahai sahabat-sahabatku,

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri.  [Al-Bukhari & Muslim]

Jika kita asyik sungguh berkata dan menjadikan perkataan2 mencarut itu, sebagai paksi perbualan kita, apakah tahap iman kita jika kita rujuk hadith di atas? Kita sendiri mengetahui, Allah S.W.T pula takkan terlepas pandang, Raqib dan Atid tak lepas menulis. 🙂

Ini pula cebisan dari hadith riawayat Al Bukhari & Muslim

Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.  [Al-Bukhari & Muslim]

Antara pengubat hati ialah Zikrullah dan membaca Al-Quran, tapi jika kita sering kali mencarut, usahkan bersih, makin bertompok hati kita.

Ini hanyalah sebagai peringatan kpd semua dan kepada diri saya sendiri, jika tersalah kata, ampunkan kelemahan saya. Maaf saya taj sertakan rujukan dari Al-Quran, saya terlupa dlm surah mana (itulah padah jika tak letak penanda T_T) Salam.





Zaman

4 07 2010

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

Di zaman manakah kita sekarang? Persoalannya, adakah kita yang akan menjadi salah seorang yang menegakkan agama kita?